Sejarah Perak FA II

Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNP FC adalah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Ipoh, Perak. Kelab moden ini dibentuk pada 30 Julai 2015 oleh Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak(PKNP) sebagai satu usaha untuk membawa kembali legasi penglibatan sukan PKNP pada tahun 1980-an dan 1990-an. Mempunyai jumlah pemain akar umbi yang stabil dalam kelab ini, skuad ini juga menghantar pemain-pemain muda untuk bersaing diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kelab ini bermula sebagai pasukan amatur tempatan yang mula beraksi di Paiala FAM. Pencapaian pasukan ini kemudian bertambah baik dengan melayakkan diri pada 2017 bertanding di Liga Premier Malaysia dan 2018 di Liga Super Malaysia. Untuk musim 2020, pasukan ini beraksi di Liga Premier Malaysia sebagai kelab feeder untuk Perak.[1]